ANHUI, CHINA - Seorang wanita dari timur China meninggal dunia selepas empat kali menggugurkan kandungannya dalam setahun hanya kerana suaminya mahukan anak lelaki, lapor South China Morning Post.
Bagaimanapun, lelaki itu menceraikan isterinya selepas wanita itu jatuh sakit, kesan dari pengguguran kandungannya sebanyak empat kali dalam setahun.
Difahamkan, pasangan itu sudah mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan empat tahun yang lalu dan merancang untuk mendapatkan seorang anak lelaki selepas Kerajaan China membuat keputusan untuk memansuhkan dasar satu keluarga satu anak.
Si suami bertegas mahu anak lelaki dan meramalkan bayi dalam kandungan isterinya itu adalah bayi lelaki lalu membawa isterinya berjumpa dengan seorang pengamal perubatan yang beroperasi secara tidak sah dan tidak mempunyai lesen untuk membuat imbasan kandungan.
Dalam budaya tradisional, kaum Cina lebih menggemari anak lelaki berbanding anak perempuan. Namun dalam undang-undang di negara itu, menjadi satu kesalahan bagi pengamal perubatan (doktor) mendedahkan jantina bayi dalam kandungan kepada ibu bapa kerana bimbang mereka akan mengambil tindakan menggugurkan kandungan itu.
Pengamal perubatan yang ditemui pasangan itu memaklumkan bahawa kandungan si isteri merupakan bayi lelaki, membuatkan si suami tidak dapat menerima kenyataan lalu meminta isterinya menggugurkan kandungan itu dan perkara yang sama beterusan sehinggalah kali keempat, wanita itu mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Selepas mendapati isterinya tidak sihat, lelaki itu mengambil keputusan untuk menceraikan wanita itu dipercayai atas alasan dia tidak dapat memberinya anak lelaki.
Selepas pasangan itu bercerai, wanita yang tidak didedahkan identitinya dan berasal dari sebuah daerah berhampiran Wuhu di wilayah Anhui, mendapatkan rawatan di hospital dengan kos 17,000 yuan (RM10,770) untuk penyakitnya yang tidak dijelaskan secara terperinci.
Malangnya, wanita itu dilaporkan telah meninggal dunia tidak.
Bekas suaminya juga langsung tidak datang menziarahi mendiang isteri di hospital dan kini dia sedang merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.
0 comments