Setelah lama mendirikan rumah tangga, pasti ramai menyedari pasangan Izzue Islam dan isteri masih belum dikurniakan cahaya mata. Dalam hal ini, Izzue akui kesibukan dirinya bekerja merupakan penyebab mereka tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama.
“Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti. Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.
“Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak”
“Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti,” jelasnya kepada Astro Gempak mengenai rezeki zuriat yang masih belum tiba.
Bagaimanapun Izzue tidak pernah tertekan apabila ditanyakan mengenai zuriat, biarpun soalan itu sering ditanyakan. Mungkin ada hikmah rezeki zuriat lambat tiba, apapun semoga Izzue dan isteri cepat dapat menimang bayi. (rtky/w)
0 comments